Seperti wanita, lelaki juga punya hati dan perasaan yang perlu dijaga, dibelai dan difahami. Walaupun kelihatan gagah di luarnya, siapa tahu sekeping hati yang dimiliki oleh kaum Adam ini mudah tersentuh dan dahagakan perhatian yang sedalamnya. Oleh itu, jangan mudah melabelkan kaum ini dengan pelbagai andaian negatif. Mari terokai dan dalami hati, minda dan perasaan mereka:-
- Mereka sangat menyukai wanita yang boleh bertolak ansur dan bertimbang rasa dalam segala hal berkaitan dengan hidup dan perhubungan mereka.
- Mereka juga tidak menyukai sikap manja dan keanak-anakan seorang wanita yang sengaja ditonjolkan secara melampau dan keterlaluan.
- Kaum Adam ini sangat mementingkan sebuah kejujuran. Mereka mahu wanita yang bakal bertahta di hati merupakan seorang yang boleh berlaku jujur dan mampu menyimpan segala rahsia perkara yang pernah berlaku dalam perhubungan mereka.
- Mereka akan meninggalkan wanita yang sangat suka bersosial tanpa batasan dalam pergaulannya.
- Mereka mudah menyampah dengan wanita yang kuat berleter dan bertekak dengan mereka.
- Mereka sangat sukakan wanita yang mampu membuatkan mereka tertawa dengan teletah yang tersendiri dan semula jadi(tanpa wujud unsur-unsur kepalsuan atau buat-buat).
- Mereka juga tidak suka diri dikritik dan dikomen sama ada secara terbuka mahupun tertutup di khalayak ramai. Hal ini demikian kerana mereka tidak begitu terbuka untuk menerima sebarang kritikan walaupun kritikan itu untuk kebaikan dirinya.
- Kaum Adam juga tidak suka dipaksa dalam membuat sesuatu keputusan kerana mereka akan lebih senang andai diberikanmasa dan ruang untuk membuat keputusan sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.
- Mereka sangat menyanjungi sifat wanita iaitu sifat setia dan sentiasa berada di sisi mereka saat susah mahupun senang untuk diharungi dan diraikan bersama.
- Mereka akan menghargai dan menghormati wanita yang pandai menjaga maruah dan kehormatan diri sendiri.
- Terdapat lelaki yang mana untuk menakluki hati mereka, wanita tersebut harus terlebih dahulu dapat menakluki hati wanita kesayangan lelaki tersebut iaitu IBUNYA.
- Mereka sangat anti dengan wanita yang sangat suka mengumpat hal orang lain.
- Jangan fikir mereka tidak mampu untuk merajuk, meradang dan moody dalam hidupnya. Apa yang perlu dilakukan oleh wanita adalah sentiasa memahami, menenangkan, menjaga dan mengambil hati mereka dengan sebaiknya.
- Mereka mudah tewas dan rebah dengan senjata utama wanita iaitu AIRMATA.
- “Semua lelaki sama sahaja”. Penyataan ini sangat menyakitkan hati seorang yang bergelar LELAKI kerana mereka sangat tidak suka disamakan dengan orang lain.( Mereka percaya manusia adalah berbeza antara satu sama lain.)
- Lelaki juga adalah manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Cuma, segala emosi telah mereka simpan jauh dalam hati mereka.
- Jangan sesekali memperlekehkan kemampuan diri mereka sama ada dikhalayak ramai mahupun didepannya sendiri kerana mereka mudah tercabar dengan perkara itu.
- Sekali lagi jangan memuji ketampanan, kekacakan, kebaikan dan kelebihan lelaki lain dihadapannya. Ini menunjukkan anda tidak menghormati dan menghargainya sebagai seorang lelaki yang mempunyai perasaan dan maruah diri.
- Mereka mudah kagum dan tertarik dengan wanita yang cekal dan tidak mudah mengalah ketika berhadapan masalah dan situasi yang menekan diri.
- Lelaki sangat suka makanan dan suka makan. Jadi untuk memikat hati mereka, wanita harus pandai dan tahu serba-serbi hal masak-memasak. Pernah dengar bidalan “ikat dan pikatlah suami melalui perutnya..?” (betulkan jika salah...)
- Selain hati yang mulia, mereka juga mudah tertarik dengan wanita yang mempunyai penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasa mereka.
- Mereka senang jika wanita yang bakal disunting sebagai teman hidup adalah seorang yang sangat murah hati, bersopan santun dan baik hatinya.
- Sesetengah mereka juga sangat sukakan penampilan wanita yang sederhana dalam segala aspek penampilan diri wanita tersebut.
- Jika anda seorang yang pengotor dan tidak pandai mengemas bilik sendiri, jangan mimpi mereka akan menyukai anda.
- Seperti wanita, mereka juga tidak suka wanita yang suka merokok.
- Percayalah..Mereka benci dengan perkara-perkara membosankan dan sia-sia yang dilafazkan oleh wanita kesayangan mereka.
- Percayalah juga terdapat di kalangan mereka yang sangat mementingkan kesempurnaan dalam segala aspek kehidupan mereka walaupun dalam aspek mencari pasangan hidup sekalipun.
- Lelaki sangat berahsia dengan lelaki lain kerana mereka jenis yang sangat sukar berkongsi masalah dan kesusahan yang menimpa ataupun harapan dan impian dalam diri mereka. Mereka beranggapan segala rahsia adalah rahsia individu yang tidak patut dikongsi dengan orang lain.
- Kekecewaan mereka apabila wanita kesayangan gagal membuat keputusan dalam semua hal termasuk berkaitan dengan hubungan jangka panjang mereka (perkahwinan).
- Mereka boleh menjadi teman dan sahabat paling setia dan baik dalam hidup andai wanita menjadikan mereka sahabat dan teman paling baik.
No comments:
Post a Comment