Cinta Illahi seperti sinar mentari..memberi tanpa mengungkit kembali, tidak memilih kepada sesiapa yang Dia sinari..juga yang memberikan kehangatan iman di dalam hati..
Allah sentiasa memberikan hamba-hamba-Nya anugerah cinta dalam hati setiap kali nafas terhembus dari setiap rongga kehidupan hamba-hamba-Nya. Allah tidak akan sesekali memilih pada siapa yang ingin dianugerahkan segala nikmat mahupun musibah milik-Nya.
Allah terus mencintai walaupun tahu ramai yang lupa pada-Nya kini. Sinar cinta-Nya terus melimpah dan memenuhi segala isi di langit dan di bumi. Allah tidak pernah mengungkit segala yang pernah diberi. Tetapi hamba-hamba-Nya yang sering lupa diri dan melupakan Tuhannya. Aku juga selalu melupakan Mu, Ya Allah. Semoga dosa-dosa ku dan hamba-hamba-Mu yang lain diampuni. Amin.
Cinta Allah sangat suci hingga mampu menghangatkan hati hamba-Nya yang telah dingin dan mati. Jika hitung dan dibandingkan cinta manusia seluruh alam ini tidak akan mampu menandingi cinta Allah yang satu ini. Cinta Allah yang maha Agung. Tiada yang mampu menandingi cinta-Nya.
Oleh itu, burulah cinta-Nya melebih cinta yang wujud di alam ini. Jejakilah Kasih-Nya melangkaui jurang dunia.. Dan cintailah Cinta-Nya dengan sepenuh hati selagi Dia masih mahu mencintai dan mengasihi kita sebagai Hamba-Nya.
Love..Love..Love..
Showing posts with label MUTIARA CINTA. Show all posts
Showing posts with label MUTIARA CINTA. Show all posts
Saturday, 29 October 2011
KATA SEBUTIR MUTIARA..MENTARI
KATA SEBUTIR MUTIARA..HAPPINESS
Happiness consists not in having much, but in being content with little.-Lady Marguerite Blessington.
Setiap kebahagiaan bukan bererti mampu memiliki segala-galanya. Ya..diakui juga bahawa sebagai insan biasa yang tidak mudah berpuas hati dengan apa yang didapatkan..kita semua (termasuk diri penulis) juga menginginkan sesuatu yang lebih setelah kita memiliki sesuatu benda yang dihajati selama ini.
Namun, yang menjadi persoalannya adakah setiap kemahuan dan keinginan yang diperoleh mampu memuaskan hati dan rohani diri kita..? Adakah segala hajat yang telah dan sedang dipenuhi itu mampu menjanjikan sebuah kebahagiaan kepada kita..?
Oleh itu berpuas hatilah dengan apa yang kita miliki kerana itulah yang terbaik dan tiket bagi kita mengapai dan menjamin kebahagiaan kita untuk suatu jangka masa yang lebih lama. Bersyukurlah dengan apa yang dimiliki dan berbahagialah dengannya.
KATA SEBUTIR MUTIARA..PATIENCE
Patience is a remedy for every sorrow.-Pubilius Syrus.
Memang benar. Setiap kedukaan dapat kita lalu andai kita masih mampu untuk bersabar. Dan setiap kesabaran itu juga mampu menjadi penawar andai kita memahami nikmat kesabaran itu yang sebenarnya. Kesabaran jadi tunjang untuk kita terus bertahan dan terus bertahan.
Kita pasti akan bertemu dan menghadapi setiap kedukaan, kesusahan, kesakitan dan dugaan dalam melengkapkan putaran kehidupan kita dengan sempurna. Yang pasti setiap dugaan dan kedukaan yang dihadapi itu pasti menghiris-hiris hati dan jasad kita sama ada dalam keadaan kita sedar, separa sedar atau tidak kita sedari.
Namun, Allah telah menganugerahkan kepada kita sebuah anugerah yang sangat indah dan agung iaitu KESABARAN. Sabar... bersabarlah sayang andai kamu menghadapi setiap dugaan dan cubaan yang telah diberikan kepada kamu oleh-Nya. Sesungguhnya setiap kedukaan dan ujian yang menimpa dirimu itu adalah bukti Allah masih mencintai dan menyayangimu sebagai hamba. Dan juga bukti Allah sedang melimpahkan segala pahala ke ribamu dan juga sedang menghapuskan segala dosa-dosamu andai dirimu bersabar.
Oleh itu, bersabarlah sayang. Allah sedang menunjukkan kecintaannya pada mu. Bersabarlah kerana ia merupakan penawar segala kedukaan yang wujud dalam dirimu. Bersabarlah.

Friday, 28 October 2011
KATA SEBUTIR MUTIARA..MONEY
Money will not make you happy, and happy will not make you money.-by Groucho Mark.
Dalam dunia yang terkini ini, tidak mustahil untuk seseorang seperti kita menghasilkan sumber kewangan melalui kebahagiaan diri dan orang lain. Namun yang menjadi persoalannya kini..adakah kebahagiaan dan kegembiraan yang ditonjolkan itu memang benar terbit daripada ketulusan hati...?
Anda fikir..anda dapat jawapannya..!!
Ya...wang memang tidak akan membuatkan kita selalu gembira dan bahagia...tetapi adakah benar kebahagiaan dan kegembiraan tidak memberikan kita wang..? Adakah wang tidak mampu dihasilkan daripada sebuah kebahagiaan?
Dalam dunia yang terkini ini, tidak mustahil untuk seseorang seperti kita menghasilkan sumber kewangan melalui kebahagiaan diri dan orang lain. Namun yang menjadi persoalannya kini..adakah kebahagiaan dan kegembiraan yang ditonjolkan itu memang benar terbit daripada ketulusan hati...?
Anda fikir..anda dapat jawapannya..!!
Subscribe to:
Posts (Atom)