Love..Love..Love..

Sunday 19 February 2012

Dugaan Allah..kenapa masih mengeluh..?

Gugurnya dosa-dosa kita umpama gugurnya dedaun pada musim luruh andai kita redha
dengan dugaan yang kita terima dari-Nya.

Allah S.W.T telah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286 yang membawa maksud:

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah engkau bebankan kepada orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kami, dan ampunkanlah kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; maka tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir."

Sudah terang lagi nyata, dalam firman Allah S.W.T yang menyatakan bahawa Allah tidak akan menduga hamba-hambanya dengan dugaan yang melampaui batasan kudrat mereka. Malahan hamba-hamba-Nyalah yang pula menyangka bahawa dugaan yang diterima itu adalah melampaui kudrat dan akal mereka.

Ingatlah wahai manusia (termasuk diri ini).. Sesungguhnya tidak semua yang buruk itu datang daripada Allah. Muhasabahlah dirimu sebelum menyalahkan Tuhanmu, Yakni Allah (Astarfirullah al-azim...).. kerana apa kamu dan keluarga kamu tanggung mungkin sekarang adalah dari perbuatan tanganmu sendiri. Jika baik, maka baiklah juga hasilnya dan begitulah sebaliknya.

Tabahkanlah hati-hatimu. Kentalkanlah iman-iman didadamu. Tanamkan kalimat-kalimat suci Allah dan Rasulnya dibibirmu. Ucaplah 'Alhamdullilah' kerana Allah masih mahu menduga kita, kerana Allah masih menyayangi kita dan mahu meringankan bebanan dosa kita dengan dugaan yang ditimpakan kepada kita. Bersyukurlah olehmu dengan dugaan-dugaan itu, Tanda Kasih Sayang Allah pada hamba-hamba-Nya.

Allah tidak zalim pada hamba-hamba-Nya malahan hamba-hamba-Nyalah selalu zalim-menzalimi antara satu sama lain. Yang kaya menindas yang miskin, yang jahil jadi makanan yang berilmu, yang kecil jadi mainan yang besar , yang batil mengaburi yang hak dan yang berkuasa mencantas yang tidak punya apa. Inilah antara kezaliman yang jadi santapan biasa bagi minda manusia yang kian menuju zaman jahiliah kini.

Ingatlah manusia, masa kian singkat. Tanpa diduga, Kiamat boleh berlaku bila-bila. Bertaubatlah. Insafilah dirimu. Pintu taubat masih terbuka luas. Jangan dinanti tertutup rapat pintu itu, kelak menyesal tak sudah. Sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan maha penyayang. Pasti taubatmu akan diterima oleh-Nya. InsyaAllah.

Bertaubat Nasuhalah. Tabahlah dalam mengharung segala dugaan yang diterima. Moga melimpah kasih dan rahmat-Nya kepada kita, hamba-hamba-Nya yang lemah dan kerdil ini.Amin.

Sunday 30 October 2011

Syyy....RAHSIA LELAKI YANG WANITA PERLU TAHU..

Seperti wanita, lelaki juga punya hati dan perasaan yang perlu dijaga, dibelai dan difahami. Walaupun kelihatan gagah di luarnya, siapa tahu sekeping hati yang dimiliki oleh kaum Adam ini mudah tersentuh dan dahagakan perhatian yang sedalamnya. Oleh itu, jangan mudah melabelkan kaum ini dengan pelbagai andaian negatif. Mari terokai dan dalami hati, minda dan perasaan mereka:-
  • Mereka sangat menyukai wanita yang boleh bertolak ansur dan bertimbang rasa dalam segala hal berkaitan dengan hidup dan perhubungan mereka.
  • Mereka juga tidak menyukai sikap manja dan keanak-anakan seorang wanita yang sengaja ditonjolkan secara melampau dan keterlaluan.
  • Kaum Adam ini sangat mementingkan sebuah kejujuran. Mereka mahu wanita yang bakal bertahta di hati merupakan seorang yang boleh berlaku jujur dan mampu menyimpan segala rahsia perkara yang pernah berlaku dalam perhubungan mereka.
  •  Mereka akan meninggalkan wanita yang sangat suka bersosial tanpa batasan dalam pergaulannya.
  • Mereka mudah menyampah dengan wanita yang kuat berleter dan bertekak dengan mereka.
  • Mereka sangat sukakan wanita yang mampu membuatkan mereka tertawa dengan teletah yang tersendiri dan semula jadi(tanpa wujud unsur-unsur kepalsuan atau buat-buat).
  • Mereka juga tidak suka diri dikritik dan dikomen sama ada secara terbuka mahupun tertutup di khalayak ramai. Hal ini demikian kerana mereka tidak begitu terbuka untuk menerima sebarang kritikan walaupun kritikan itu untuk kebaikan dirinya.
  • Kaum Adam juga tidak suka dipaksa dalam membuat sesuatu keputusan kerana mereka akan lebih senang andai diberikanmasa dan ruang untuk membuat keputusan sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.
  • Mereka sangat menyanjungi sifat wanita iaitu sifat setia dan sentiasa berada di sisi mereka saat susah mahupun senang untuk diharungi dan diraikan bersama.
  • Mereka akan menghargai dan menghormati wanita yang pandai menjaga maruah dan kehormatan diri sendiri.
  • Terdapat lelaki yang mana untuk menakluki hati mereka, wanita tersebut harus terlebih dahulu dapat menakluki hati wanita kesayangan lelaki tersebut iaitu IBUNYA.
  • Mereka sangat anti dengan wanita yang sangat suka mengumpat hal orang lain.
  • Jangan fikir mereka tidak mampu untuk merajuk, meradang dan moody dalam hidupnya. Apa yang perlu dilakukan oleh wanita adalah sentiasa memahami, menenangkan, menjaga dan mengambil hati mereka dengan sebaiknya.
  • Mereka mudah tewas dan rebah dengan senjata utama wanita iaitu AIRMATA.
  • “Semua lelaki sama sahaja”. Penyataan ini sangat menyakitkan hati seorang yang bergelar LELAKI kerana mereka sangat tidak suka disamakan dengan orang lain.( Mereka percaya manusia adalah berbeza antara satu sama lain.)
  • Lelaki juga adalah manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Cuma, segala emosi telah mereka simpan jauh dalam hati mereka.
  • Jangan sesekali memperlekehkan kemampuan diri mereka sama ada dikhalayak ramai mahupun didepannya sendiri kerana mereka mudah tercabar dengan perkara itu.
  • Sekali lagi jangan memuji ketampanan, kekacakan, kebaikan dan kelebihan lelaki lain dihadapannya. Ini menunjukkan anda tidak menghormati dan menghargainya sebagai seorang lelaki yang mempunyai perasaan dan maruah diri.
  • Mereka mudah kagum dan tertarik dengan wanita yang cekal dan tidak mudah mengalah ketika berhadapan masalah dan situasi yang menekan diri.
  • Lelaki sangat suka makanan dan suka makan. Jadi untuk memikat hati mereka, wanita harus pandai dan tahu serba-serbi hal masak-memasak. Pernah dengar bidalan “ikat dan pikatlah suami melalui perutnya..?” (betulkan jika salah...)
  • Selain hati yang mulia, mereka juga mudah tertarik dengan wanita yang mempunyai penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasa mereka.
  • Mereka senang jika wanita yang bakal disunting sebagai teman hidup adalah seorang yang sangat murah hati, bersopan santun dan baik hatinya.
  • Sesetengah mereka juga sangat sukakan penampilan wanita yang sederhana dalam segala aspek penampilan diri wanita tersebut.
  • Jika anda seorang yang pengotor dan tidak pandai mengemas bilik sendiri, jangan mimpi mereka akan menyukai anda.
  • Seperti wanita, mereka juga tidak suka wanita yang suka merokok.
  • Percayalah..Mereka benci dengan perkara-perkara membosankan dan sia-sia yang dilafazkan oleh wanita kesayangan mereka.
  • Percayalah juga terdapat di kalangan mereka yang sangat mementingkan kesempurnaan dalam segala aspek kehidupan mereka walaupun dalam aspek mencari pasangan hidup sekalipun.
  • Lelaki sangat berahsia dengan lelaki lain kerana mereka jenis yang sangat sukar berkongsi masalah dan kesusahan yang menimpa ataupun harapan dan impian dalam diri mereka. Mereka beranggapan segala rahsia adalah rahsia individu yang tidak patut dikongsi dengan orang lain.
  • Kekecewaan mereka apabila wanita kesayangan gagal membuat keputusan dalam semua hal termasuk berkaitan dengan hubungan jangka panjang mereka (perkahwinan).
  • Mereka boleh menjadi teman dan sahabat paling setia dan baik dalam hidup andai wanita menjadikan mereka sahabat dan teman paling baik. 

Saturday 29 October 2011

KATA SEBUTIR MUTIARA..MENTARI

Cinta Illahi seperti sinar mentari..memberi tanpa mengungkit kembali, tidak memilih kepada sesiapa yang Dia sinari..juga yang memberikan kehangatan iman di dalam hati..

  Allah sentiasa memberikan hamba-hamba-Nya anugerah cinta dalam hati setiap kali nafas terhembus dari setiap rongga kehidupan hamba-hamba-Nya. Allah tidak akan sesekali memilih pada siapa yang ingin dianugerahkan segala nikmat mahupun musibah milik-Nya.

  Allah terus mencintai walaupun tahu ramai yang lupa pada-Nya kini. Sinar cinta-Nya terus melimpah dan memenuhi segala isi di langit dan di bumi. Allah tidak pernah mengungkit segala yang pernah diberi. Tetapi hamba-hamba-Nya yang sering lupa diri dan melupakan Tuhannya. Aku juga selalu melupakan Mu, Ya Allah. Semoga dosa-dosa ku dan hamba-hamba-Mu yang lain diampuni. Amin.

  Cinta Allah sangat suci hingga mampu menghangatkan hati hamba-Nya yang telah dingin dan mati. Jika hitung dan dibandingkan cinta manusia seluruh alam ini tidak akan mampu menandingi cinta Allah yang satu ini. Cinta Allah yang maha Agung. Tiada yang mampu menandingi cinta-Nya.

  Oleh itu, burulah cinta-Nya melebih cinta yang wujud di alam ini. Jejakilah Kasih-Nya melangkaui jurang dunia.. Dan cintailah Cinta-Nya dengan sepenuh hati selagi Dia masih mahu mencintai dan mengasihi kita sebagai Hamba-Nya.

  

KATA SEBUTIR MUTIARA..HAPPINESS

Happiness consists not in having much, but in being content with little.-Lady Marguerite Blessington.


  Setiap kebahagiaan bukan bererti mampu memiliki segala-galanya. Ya..diakui juga bahawa sebagai insan biasa yang tidak mudah berpuas hati dengan apa yang didapatkan..kita semua (termasuk diri penulis) juga menginginkan sesuatu yang lebih setelah kita memiliki sesuatu benda yang dihajati selama ini.

 Namun, yang menjadi persoalannya adakah setiap kemahuan dan keinginan yang diperoleh mampu memuaskan hati dan rohani diri kita..? Adakah segala hajat yang telah dan sedang dipenuhi itu mampu menjanjikan sebuah kebahagiaan kepada kita..?

 Oleh itu berpuas hatilah dengan apa yang kita miliki kerana itulah yang terbaik dan tiket bagi kita mengapai dan menjamin kebahagiaan kita untuk suatu jangka masa yang lebih lama. Bersyukurlah dengan apa yang dimiliki dan berbahagialah dengannya.

KATA SEBUTIR MUTIARA..PATIENCE

Patience is a remedy for every sorrow.-Pubilius Syrus.


  Memang benar. Setiap kedukaan dapat kita lalu andai kita masih mampu untuk bersabar. Dan setiap kesabaran itu juga mampu menjadi penawar andai kita memahami nikmat kesabaran itu yang sebenarnya. Kesabaran jadi tunjang untuk kita terus bertahan dan terus bertahan.

 Kita pasti akan bertemu dan menghadapi setiap kedukaan, kesusahan, kesakitan dan dugaan dalam melengkapkan putaran kehidupan kita dengan sempurna. Yang pasti setiap dugaan dan kedukaan yang dihadapi itu pasti menghiris-hiris hati dan jasad kita sama ada dalam keadaan kita sedar, separa sedar atau tidak kita sedari.

 Namun, Allah telah menganugerahkan kepada kita sebuah anugerah yang sangat indah dan agung iaitu KESABARAN. Sabar... bersabarlah sayang andai kamu menghadapi setiap dugaan dan cubaan yang telah diberikan kepada kamu oleh-Nya. Sesungguhnya setiap kedukaan dan ujian yang menimpa dirimu itu adalah bukti Allah masih mencintai dan menyayangimu sebagai hamba. Dan juga bukti Allah sedang melimpahkan segala pahala ke ribamu dan juga sedang menghapuskan segala dosa-dosamu andai dirimu bersabar.

 Oleh itu, bersabarlah sayang. Allah sedang menunjukkan kecintaannya pada mu. Bersabarlah kerana ia merupakan penawar segala kedukaan yang wujud dalam dirimu. Bersabarlah.
 

Friday 28 October 2011

KATA SEBUTIR MUTIARA..MONEY

Money will not make you happy, and happy will not make you money.-by Groucho Mark.

   Ya...wang memang tidak akan membuatkan kita selalu gembira dan bahagia...tetapi adakah benar kebahagiaan dan kegembiraan tidak memberikan kita wang..? Adakah wang tidak mampu dihasilkan daripada sebuah kebahagiaan?

    Dalam dunia yang terkini ini, tidak mustahil untuk seseorang seperti kita menghasilkan sumber kewangan melalui kebahagiaan diri dan orang lain. Namun yang menjadi persoalannya kini..adakah kebahagiaan dan kegembiraan yang ditonjolkan itu memang benar terbit daripada ketulusan hati...?

    Anda fikir..anda dapat jawapannya..!!

Friday 21 October 2011

KETELANJURAN MEMATANGKAN DIRI...MUHASABAHLAH DIRI

Setiap salur uratku...
seolah-olah mengalir satu racun yang sangat berbisa...
nadi seakan mahu berhenti berdenyut...darah seakan mahu berhenti mengalir..jantung seakan mahu berhenti berdetap...roh seakan mahu melayang..

betullah kata-kata ini...
Yang baik itu datang dari Allah....yang buruk itu datang dari kekhilafan diri kita sendiri...Allah tidak akan sesekali mengainaya hamba-hambanya...bahkan hamba-hambanya sendiri yang sering mengainaya dirinya sendiri. Allah telah memberikan kita akal...kenapa masih tidak dapat berfikir dengan rasionalnya...
Allah telah memberikan kita hati...kenapa masih gagal mengawal segala emosi...Ya Allah ..sesungguhnya hamba-Mu ini telah banyak melakukan kezaliman keatas dirinya sendiri... Sesungguhnya hamba-Mu ini sangat naif dalam melakukan segala perlakuan hingga gagal mengawal kesan dan akibat daripada perbuatannya itu...Hamba-Mu ini sering tersilap dan tersalah dalam mengatur langkahnya hingga selalu terjatuh dalam gaung kejahilan yang membuatkan segala yang terdapat dilangit dan dibumi murka kepadanya.. Ya Allah...hamba-Mu ini hanya mampu memohon ampun padamu...andai mohon ampunku tidak berguna lagi dikalangan hamba-hamba-Mu...kupohon jangan ditarik segala iman yang tersisa dari hatiku Ya Allah supaya dapat ku terus mendekati-Mu..untuk ku berpaut teguh pada dahan keimanan-Mu...Ya Allah...Hambamu ini sangat mendambakan kasih sayang dari-Mu Ya Allah...Teguhkanlah Iman ku Ya Allah...bukakan lapangan dadaku..ampuni diriku Ya Allah...Amin. TT___TT