Setiap salur uratku...
seolah-olah mengalir satu racun yang sangat berbisa...
nadi seakan mahu berhenti berdenyut...darah seakan mahu berhenti mengalir..jantung seakan mahu berhenti berdetap...roh seakan mahu melayang..
betullah kata-kata ini...
Yang baik itu datang dari Allah....yang buruk itu datang dari kekhilafan diri kita sendiri...Allah tidak akan sesekali mengainaya hamba-hambanya...bahkan hamba-hambanya sendiri yang sering mengainaya dirinya sendiri. Allah telah memberikan kita akal...kenapa masih tidak dapat berfikir dengan rasionalnya...
Allah telah memberikan kita hati...kenapa masih gagal mengawal segala emosi...Ya Allah ..sesungguhnya hamba-Mu ini telah banyak melakukan kezaliman keatas dirinya sendiri... Sesungguhnya hamba-Mu ini sangat naif dalam melakukan segala perlakuan hingga gagal mengawal kesan dan akibat daripada perbuatannya itu...Hamba-Mu ini sering tersilap dan tersalah dalam mengatur langkahnya hingga selalu terjatuh dalam gaung kejahilan yang membuatkan segala yang terdapat dilangit dan dibumi murka kepadanya.. Ya Allah...hamba-Mu ini hanya mampu memohon ampun padamu...andai mohon ampunku tidak berguna lagi dikalangan hamba-hamba-Mu...kupohon jangan ditarik segala iman yang tersisa dari hatiku Ya Allah supaya dapat ku terus mendekati-Mu..untuk ku berpaut teguh pada dahan keimanan-Mu...Ya Allah...Hambamu ini sangat mendambakan kasih sayang dari-Mu Ya Allah...Teguhkanlah Iman ku Ya Allah...bukakan lapangan dadaku..ampuni diriku Ya Allah...Amin. TT___TT
Love..Love..Love..
Showing posts with label Dugaan Hidup. Show all posts
Showing posts with label Dugaan Hidup. Show all posts
Friday, 21 October 2011
KETELANJURAN MEMATANGKAN DIRI...MUHASABAHLAH DIRI
Tuesday, 11 October 2011
DUGAAN DALAM KEHIDUPAN...
Manusia tidak lekang daripada menerima dugaan dan cabaran dalam hidupnya..
Tugas kita sebagai manusia adalah untuk menghadapi cabaran yang mendatang agar cabaran itu tidak menjadi batu penghalang buat kita dalam mengapai cita-cita. Dalam melalui liku-liku hidup yang kian mencabar ini, apa yang perlu ada dalam diri dan minda kita adalah sentiasa bersabar. Bersabar dan terus bersabar.
Kita tidak akan tahu apa yang telah dirancang dan apa yang bakal berlaku setelah berlakunya perancangan dari Tuhan. Kita hanya mampu untuk bersedia dan membuat persediaan dalam menghadapi segala kemungkinan yang mendatang. Kadang kala dugaan yang datang, kita rasakan terlalu berat untuk ditanggung oleh diri kita. Namun, harus diingat bahawa, Allah tidak akan menduga umat melebihi kemampuan diri umatnya sendiri.
Sering kali terdengar keluhan dan rungutan mengiringi setiap dugaan yang mendatang. Aku juga mengakui aku juga akan merungut, malahan akan marah-marah jika dugaan datang menimpaku secara tiba-tiba. Namun, setelah dugaan itu berjaya aku harungi, tiba-tiba perasaan bersalah dan rasa bodoh timbul dalam diri, jiwa dan pemikiranku...betapa bodohnya aku...betapa berdosanya aku...Tuhan yang aku salahkan...padahal semua itu atas kekhilafan dan kebodohan diri dalam merancang jalan penyelesaian bagi sesuatu dugaan itu..Betapa derhaka dan jahilnya aku ketika itu...Subbahanallah...
Dugaan yang mendatang sebenar adalah tiket pahala kepada seseorang insan yang mentauhidkan Allah sebagai Tuhannya. Setiap kali kepedihan, kesusahan dan kesulitan yang dialami dalam kehidupan, jika diatasi dengan penuh kesabaran dan keredhaan..nescaya 'Tiket pahala' untuk masuk ke syurga akan terus jatuh ke tangan kita.
Namun, aku bukanlah sesiapa yang mampu untuk menduga setiap tindakan dan rancangan dari yang Maha Kuasa. Aku sekadar mahu berkongsi sekelumit apa yang aku rasa, apa yang aku percaya. Sekarang Tuhan telah menduga aku....aku masih keliru dan hanya mampu redha dengan ketentuan-Nya itu. Semoga dipermudahkan segala dugaan dan cabaran yang hadir dalam hidupku nanti.Amin.

Subscribe to:
Posts (Atom)