Love..Love..Love..

Showing posts with label Panduan Cinta1. Show all posts
Showing posts with label Panduan Cinta1. Show all posts

Sunday, 30 October 2011

Syyy....RAHSIA LELAKI YANG WANITA PERLU TAHU..

Seperti wanita, lelaki juga punya hati dan perasaan yang perlu dijaga, dibelai dan difahami. Walaupun kelihatan gagah di luarnya, siapa tahu sekeping hati yang dimiliki oleh kaum Adam ini mudah tersentuh dan dahagakan perhatian yang sedalamnya. Oleh itu, jangan mudah melabelkan kaum ini dengan pelbagai andaian negatif. Mari terokai dan dalami hati, minda dan perasaan mereka:-
  • Mereka sangat menyukai wanita yang boleh bertolak ansur dan bertimbang rasa dalam segala hal berkaitan dengan hidup dan perhubungan mereka.
  • Mereka juga tidak menyukai sikap manja dan keanak-anakan seorang wanita yang sengaja ditonjolkan secara melampau dan keterlaluan.
  • Kaum Adam ini sangat mementingkan sebuah kejujuran. Mereka mahu wanita yang bakal bertahta di hati merupakan seorang yang boleh berlaku jujur dan mampu menyimpan segala rahsia perkara yang pernah berlaku dalam perhubungan mereka.
  •  Mereka akan meninggalkan wanita yang sangat suka bersosial tanpa batasan dalam pergaulannya.
  • Mereka mudah menyampah dengan wanita yang kuat berleter dan bertekak dengan mereka.
  • Mereka sangat sukakan wanita yang mampu membuatkan mereka tertawa dengan teletah yang tersendiri dan semula jadi(tanpa wujud unsur-unsur kepalsuan atau buat-buat).
  • Mereka juga tidak suka diri dikritik dan dikomen sama ada secara terbuka mahupun tertutup di khalayak ramai. Hal ini demikian kerana mereka tidak begitu terbuka untuk menerima sebarang kritikan walaupun kritikan itu untuk kebaikan dirinya.
  • Kaum Adam juga tidak suka dipaksa dalam membuat sesuatu keputusan kerana mereka akan lebih senang andai diberikanmasa dan ruang untuk membuat keputusan sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.
  • Mereka sangat menyanjungi sifat wanita iaitu sifat setia dan sentiasa berada di sisi mereka saat susah mahupun senang untuk diharungi dan diraikan bersama.
  • Mereka akan menghargai dan menghormati wanita yang pandai menjaga maruah dan kehormatan diri sendiri.
  • Terdapat lelaki yang mana untuk menakluki hati mereka, wanita tersebut harus terlebih dahulu dapat menakluki hati wanita kesayangan lelaki tersebut iaitu IBUNYA.
  • Mereka sangat anti dengan wanita yang sangat suka mengumpat hal orang lain.
  • Jangan fikir mereka tidak mampu untuk merajuk, meradang dan moody dalam hidupnya. Apa yang perlu dilakukan oleh wanita adalah sentiasa memahami, menenangkan, menjaga dan mengambil hati mereka dengan sebaiknya.
  • Mereka mudah tewas dan rebah dengan senjata utama wanita iaitu AIRMATA.
  • “Semua lelaki sama sahaja”. Penyataan ini sangat menyakitkan hati seorang yang bergelar LELAKI kerana mereka sangat tidak suka disamakan dengan orang lain.( Mereka percaya manusia adalah berbeza antara satu sama lain.)
  • Lelaki juga adalah manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Cuma, segala emosi telah mereka simpan jauh dalam hati mereka.
  • Jangan sesekali memperlekehkan kemampuan diri mereka sama ada dikhalayak ramai mahupun didepannya sendiri kerana mereka mudah tercabar dengan perkara itu.
  • Sekali lagi jangan memuji ketampanan, kekacakan, kebaikan dan kelebihan lelaki lain dihadapannya. Ini menunjukkan anda tidak menghormati dan menghargainya sebagai seorang lelaki yang mempunyai perasaan dan maruah diri.
  • Mereka mudah kagum dan tertarik dengan wanita yang cekal dan tidak mudah mengalah ketika berhadapan masalah dan situasi yang menekan diri.
  • Lelaki sangat suka makanan dan suka makan. Jadi untuk memikat hati mereka, wanita harus pandai dan tahu serba-serbi hal masak-memasak. Pernah dengar bidalan “ikat dan pikatlah suami melalui perutnya..?” (betulkan jika salah...)
  • Selain hati yang mulia, mereka juga mudah tertarik dengan wanita yang mempunyai penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasa mereka.
  • Mereka senang jika wanita yang bakal disunting sebagai teman hidup adalah seorang yang sangat murah hati, bersopan santun dan baik hatinya.
  • Sesetengah mereka juga sangat sukakan penampilan wanita yang sederhana dalam segala aspek penampilan diri wanita tersebut.
  • Jika anda seorang yang pengotor dan tidak pandai mengemas bilik sendiri, jangan mimpi mereka akan menyukai anda.
  • Seperti wanita, mereka juga tidak suka wanita yang suka merokok.
  • Percayalah..Mereka benci dengan perkara-perkara membosankan dan sia-sia yang dilafazkan oleh wanita kesayangan mereka.
  • Percayalah juga terdapat di kalangan mereka yang sangat mementingkan kesempurnaan dalam segala aspek kehidupan mereka walaupun dalam aspek mencari pasangan hidup sekalipun.
  • Lelaki sangat berahsia dengan lelaki lain kerana mereka jenis yang sangat sukar berkongsi masalah dan kesusahan yang menimpa ataupun harapan dan impian dalam diri mereka. Mereka beranggapan segala rahsia adalah rahsia individu yang tidak patut dikongsi dengan orang lain.
  • Kekecewaan mereka apabila wanita kesayangan gagal membuat keputusan dalam semua hal termasuk berkaitan dengan hubungan jangka panjang mereka (perkahwinan).
  • Mereka boleh menjadi teman dan sahabat paling setia dan baik dalam hidup andai wanita menjadikan mereka sahabat dan teman paling baik. 

Monday, 8 August 2011

CINTA...da apa dengannye erk..?

CINTA ....peduli ia sebelum ia pergi....!!
  • Jika da org cintakan diri, dia xkan mampu tuk memberikan alasan dan sebab kenapa dia mencintai diri.. hanya kamu dimata dan dihatinya sekarang...
  • jika diri dah da kekasih atau 'special mate', dia xkan kisah!! sbb baginya diri ini bahagia dan tetap menjadi pujaan dan impiannya utk memiliki.
  • mencintai diri dengan menerima segala yang ada dalam diri, kerana dimata dan dihatinya diri ini akan selalu cantik walaupun diri rasa badan da mula berat..^^
  • Dia akan selalu ingin tahu perkara yang dilalui diri sepanjang hari ini...mean semua dia ingin tahu apa kegiatan diri nie..
  • Sms dikirimkan seperti 'slmt pg', 'slmt hari minggu', 'slmt tidur', 'take care' dan lain-lain menghiasi phone diri..walaupun diri x balas Smsnya, xpe baginya... sbb dgn cara itu dia meluahkan kata cinta kpd diri..menyatakan dgn cara yang berbeza..bukan 'Aku Cinta Padamu' tp berselindung dibalik kata ucapan tu...
  • Jika diri menyambut ulang tahun kelahiran dan dia tidak diundang ke majlis itu...dia akan menelefon utk mengucapkn ucap slmt atau mengirim sms berkaitan kpd diri nie...
  • Setiap detik..saat bersama diri akan diingati..setiap kejadian tidak luput dr pemikirannya...walaupun diri mungkin bisa melupakan..namun baginya saat tu suatu yang berharga baginya...matanya pasti berkaca andai mengingati saat itu bersama diri nie..
  • Setiap bait-bait kata dan ucapan diri akan disematkan dalam ingatan...walaupun diri pun sudah melupakan apa yang telah diucapkan..tetapi tidak baginya..kerna setiap ungkapan dari diri telah disemat dalam hati dan ingatannya...( tentang seberapa byk kata-kata yang penuh harapan di taburkan kepadanya...yang lalu dimusnahkan...kerna diri mungkin lupa..tp tidak bagi dia yg mencintai diri nie...
  • Dia akan cuba utk menyukai apa kegemaran diri ...berkaitan lagu...makanan..buku pilihan...destinasi impian...sampaikan dia bersungguh2 menyukainya...walaupun sukar untuk dia melakukannya..namun pada akhir..berjaya jua dia..
  • Jika kali terakhir dalam minggu itu dia brtemu diri..dan diri sedang batuk2 dan selsema, dia xkan berhenti mengirimkan sms atau menelepon utk bertanya soal diri nie - kerna itu cara dia tunjukkan yang dia bimbang dan pedulikan diri...
  • Jika diri bakal menghadapi ujian..dia akan bertanyakan kepada diri..bila ujian itu brmula..saat tiba masanya..sms 'Gud Luck' dikirimkan utk memberikan semangat kpd diri nie...
  • Barang peribadi miliknya diberikan kepada diri yg mungkin buat diri ia satu yang tidak berharga...namun baginya itu sumber aspirasinya...dan da keistimewaannya...
  • Sesaat dia terdiam ketika sedang berbicara di telepon dgn diri..hingga kamu bingung dibuatnya..kerna sbnrnya pada masa itu diri dirasakan telah menggegarkan dunianya hingga membuatkan dia gugup...
  • Dia ingin slalu dekat dgn diri nie..dan ingin menghabiskan hari2 yg tersisa hanya dengan diri nie...SAHAJA..!!
  • Jika diri berpindah jauh drnya...dia akan sentiasa menasihati agar diri berwaspadadgn persekitaran yg buruk kepada diri nie..
  • Dihatinya..dia benar2 takut jika diri nie hilang dr pautannya..spt pepatah 'jauh dimata, dekat dihati'....x gitu..
  • Dia akan bertindak lebih spt sorang saudara drpd kekasih...
  • Dia selalu mlakukan perkara yang agak 'SENGAL' ..spt mnelefon 1000x sehari..atau mengejutkan diri ditgh mlm buta dgn mengirimkan sms...sbb pada masa itu..hanya diri nie dalam kotak mindanya...
  • Dia kadang kala sgt merindui diri dan bisa melakukan hal2 yg buat diri nie pening kepala..namun tika diri menyatakan perbuatan itu mengganggu diri..dia cepat2 meminta maaf dan berjanji xkan mengulanginya lagi..( walaupun dia akan mengulanginya lagi pd hari berikutnya..)
  • Jika diri meminta untuk mengajarkan sesuatu perkara..dia akan sudi mengajarkan dgn cukup sabar walaupun diri nie mungkin sorang yg terbodoh dlm dunia nie...malahan dia gembira dpt membantu diri..dia xkan mengelak dr menunaikan  permintaan diri nie walau sesukar mana pun ia...^^
  • Nama diri nie akan terpapar dan menghiasi sbhgan besar INBOX phonenya.. segala sms berkaitan diri disimpan walau brbln2 atau brthn2 lamanya...segala surat,kad ucapan dan barangan pemberian diri akan dia simpan disatu sudut khas...kerna suma tu adalah berharga baginya...
  • Jika diri cuba menjauhkan diri dan menolaknya drpd hidup diri..dia akan menyedarinya dan lantas hilang dr hidup diri nie..(walau dia sedar..hal ni sedang bunuh jiwanya ..slowly..='(...)
  • Dan saat diri nie merinduinya dan ingin memberikan kesempatan kpdnya...dia akan menunggu diri kerna dia x pernah mencari yg lain...dia sentiasa menunggu diri nie...
  • Dia yg begitu mencintai diri nie..tidak pernah memaksa agar diberikan sbb dan alasan (walau jiwanya meronta ingin mengetahui..) kerna ia x mahu diri nie terbeban dgn soalannya..kerenahnya...saat diri pinta dia untuk berlalu pergi...dia pergi tanpa menyalahkan diri..kerna dia tahu erti cinta sebenar2nya..!! T__T
'PERNAHKAH SI DIA MELAKUKAN KESEMUA INI KEPADA ANDA..? JIKA ADA, JANGAN PERNAH MENSIA2KAN ORG TERSEBUT...!! KERNA KAMU PASTI MENYESAL ANDAI KAMU MELAKUKANNYA....!!!!!